Sunday, August 14, 2011

Orkid yang Memukau

Orkid merupakan flora ciptaan Ilahi ynag pebagai jenis, rupa, bentuk dan warna. Terfikirkah kita bagaimana keadaan yang tak sama saiz dan betuknya boleh memukau pandangan kita.

Lihat sajalah adakah sekuntum bunga orkid atau bunga-bungaan yang lain bersimetri penuh. Ada yang ada 5 kelopak, 3 kelopak dan multi kelopak. Untuk apa semuanya itu. Yang sudah pasti setiap kejadian yang diciptakan oleh Allah punyai pelbagai rahsia dan manfaat kepada alam.

Juga pelbagai warna menyerlahkan lagi kehidupan di alam ini. Dengam empat warna primer bergabung menjadi jutaan kombinasi warna. Wrna dapat menarik perhatian makhluk yang lain. Pastinya sang kumbang dapat sudi menghampiri si bunga tersebut, menyedut manisan dari bunga dan disamping itu debunga-debunga yang melekat di anggota badannya dapat dipindahkan ke bunga-bunga yang lain bagi proses kehidupan selanjutnya.

Aduhai sang bunga dan makhluk yang lain. Hakikatnya sang bunga mekar hanya padaj angka masa sedikit. Pabila dari kudup mula mengembangkan kelopaknya, menyerlahkan warna dan bentuk serta haruman penarik sang kumbang. Dalam jangkamasa yang cuma sekejap, sang bunga kan layu dan kering lantas gugur ke bumi juga.

Begitulah hakikat kehidupan sang bunga. Kau mekar dan akhirnya kau pergi juga. Untuk kita fikirkan bersama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...