Bersediakah kita melangkah ke Akademi Ramadhan? Sebuah akademi anugerah Ilahi kepada makhluk yang bernama insa di alam ini. Kurang lebih selama 30 hari diperuntukkan masa untuk mengikuti pelbagai program di akademia ini.
Peluang yang datang hanya sekali dalam setahun. Satu bulan daripada 12 bulan yang dikurniakan pada kitaran masa 365 hari. Bersyukur kita kerna kita masih diberi peluang serta ruang menjejaki kampus Akademi Ramadhan. Peluang untuk mencari dan mengumpul sebanyak mana anugerah dan hadiah buat bekalan masa depan yang sudah pasti diharungi oleh insan.
Sesungguhnya mengharungi cabaran dan peluang di Akademi Ramadhan bukan sesuatu yang menyusahkan lagi membebankan. Pelbagai galakan serta motivasi diberikan sepanjang bulan di kampus ini.
Sebanyak tiga segmen diperuntukkan sepanjang bulan ini iaitu segemen awalan, pertengahan dan akhiran. Setiap satunya dijanjikan imbalan yang tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja. Malahan diperuntukkan satu malam Bonanza yang menyamai seribu bulan. Tidakkah itu satu insentif dan tawaran yang amat menarik yang hanya ditawarkan oleh Pentadbir ALam kepada para penghuni di kampus Akademi Ramadhan.
Selamat Datang ke Kampus Akademi Ramadhan.
No comments:
Post a Comment